October 07, 2012

UTHM tak selamat

Dulu uthm best, selamat, tapi sekarang dah tak selamat


Kalau ikutkan pandangan saya,
Dulu-dulu zaman 2007,
first time kaki ni jejak UTHM,
masa tu pun baru je Kuittho tukar nama jadi UTHM, Februari 2007.

Saya masuk intake Julai 2007, diploma.
Zaman tu UTHM sangat tenang, lengang je.
Bawak kereta pun senang, jalan kosong,
kalau jual-jual(student selalu buat), tinggal je barang nak jual tu dgn bekas duit, sape beli letak la duit kat situ,
selamat je.
Sebab dulu memang pernah saya jual nasi lemak kat Kolej Kediaman Tun Syed Nasir.
Kereta, motor, kalau tertinggal kereta, mesti tak da ape-ape.

Tapi zaman berubah,
sekarang dah 2012,
dah akhir tahun pun, masa awal tahun duduk Kolej Kediaman Tun Dr Ismail pun,
kasut kene curi, haish, kasut futsal dah lama, pun nak curi ke, tapak dah tanggal tu, tak sempat nak gam, dah hilang.


Kesimpulan saya, UTHM dah tak selamat macam dulu.
Kereta pun dah bersepah, sesak, jem confirm hari-hari, parking lot pun penuh je.
Bila kereta moto dah banyak, makin banyak la accident.
Kan dah tak selamat tu, sekarang pantang barang tertinggal, memang dah tak da la lepas 2-3 minit
Mungkin sebab student dah tambah lebih dari 15 000, dulu zaman 2007 cuma ada sikit je.

Kampus pun makin besar, erm. Agaknya itu la kesannya bila kampus makin besar, setiap perkara kan ada pro and con. Ok, UTHM sejak 2007 sampai 2012, banyak yang berubah.

2 comments:

kaizen said...

zaman ak msuk time dip dlu pon cmtu gak... skang nih mmg da x aman nk bwak kete....

Helmi Zulkifli said...

kan? perubahan tu kan memang lumrah. kita mana boleh nak ubah balik, yang boleh ialah kita yang menerima dan ubah diri sendiri.