September 02, 2012

Marah, apa perlu buat?

Kita bila lapar memang semua orang kita nak marah, siapa tak marah orang, sebaik-baik orang zaman sekarang ni pun, dia tetap akan marah. Tak keluar kan mulut, mungkin dalam hati.

Mari kita bincang sikit tips, mula-mula kita cek siapa yang marah ni sebenarnya. Diri kita sendiri atau orang lain.

Diri sendiri marah, 
kita kalau marah, kadang-kadang tak sedar diri, mulalah yang banyak cakap akan merapu dan memaki ntah apa-apa, kalau yang suka kaki tangan melayang tu lagi bahaya, abis semua dilibas sepaknya.
Lepas tu baru sedar, dan menyesal. Sebenarnya kalau tak marah pun, tak da sapa rugi.
Tips selalu kita dengar tapi kurang praktikkan,
  1. Mengucap 2 kalimah syahadah.
  2. Rendahkan posisi (kalau tgh diri, duduk la, kalau tgh duduk, baring la, kalau tgh baring, tido terus, joking je, berwuduk la).
  3. Ambik air sembahyang.
  4. Zikir banyak-banyak.
  5. Baca al-quran.
  6. Solat sunat.
Orang lain marah,
Bila orang lain marah guna tips ni,
  1. Jangan berlawan kata dgn org tgh marah, api lawan api, makin marak la api, silap-silap kita pulak jadi marah nanti.
  2. Biarkan orang tengah marah tu lepaskan geram marah dia. Nanti abis marah diam la dia.
  3. Jauhkan diri daripada orang marah.
  4. Tunggu orang marah tu sejuk, baru boleh duduk dekat, bincang.
  5. Nasihat dia guna teknik 'diri sendiri marah'.

No comments: