August 29, 2012

Suasana Gangnam Raya 2012

Opp opp opp opp,
greeting raya yang paling popular tahun.

Jom pergi marathon tentatif raya tahun ni.

Raya pertama,
Kemas rumah tak siap lagi, pagi-pagi raya boleh sambung lagi buat perkemasan terakhir.
Last-last, sesi bermaafi-maafan mula time tengah hari. Nasib baik happening jugak raya pertama tahun ni.

Raya kedua,
Family sanak saudara balik rumah kiteorang, rumah kiteorang ada nenek, most elder in our family. Jadi rumah kiterg kira hotspot la time raya-raya ni. Thanks nenek a.k.a Tok Ros. Macam-macam berlaku, paling tak boleh blah, sedara sepapat boleh raya bawah xbox 360. Ni datang rumah nak raya ke nak tumpang main game?? Tanya la dieorg sendiri nanti.

Raya ketiga,
Lepak bersama kawan sekolah rendah, sampai maghrib. Beraya sakan. Sekolah rendah ade 2, maklum la budak baik, sekolah kene ada 2. Awal hari, dgn kawan Sekolah Kebangsaan Seri Beroleh(SKSB), ptg hari dgn kawan Sekolah Kebangsaan Seri Banang(SKSB), perasan tak short form 2 sekolah ni serupa, coincident ke conspiracy? Malam raya ke 3 Nenek Nah(nenek lagi satu) masuk hospital pulak, semput. Kesian nenek raya kat hospital.

Raya keempat,
Beraya area Taman Soga, Batu Pahat. Kawan-kawan sekolah menengah. Sampai malam, tapi malam dah raya rumah geng lain, still kawan sekolah menengah.

Raya kelima,
Raya lagi. Ikut kawan beraya, rumah-rumah cikgu, rumah kawan-kawan dia. Malamnya turn ya jaga nenek saya yang kat hospital.

Raya keenam,
Raya berterusan lagi, dapat 2 rumah je kot hari raya keenam ni, sebab raya start dah petang, pastu malam dah penat terus balik rumah.

Raya ketujuh,
Masih beraya lagi, nenek saya keluar hospital hari ni :) raya lagi rumah member. Yet still ramai lagi rumah member tak raya. Tapi esoknya dah isnin, ramai member yang dah kerja, dah balik tempat kerja. At last tak jumpa la kawan-kawan yang dah kerja tu. Selamat bekerja kawan-kawan.

Raya kelapan,
Raya juga dapat sebuah rumah je. Lepas tu ada lepak geng sepet batu pahat, haha. Kredit kepada sesiapa terlibat. Hari tu pun jumpa dgn bro framestone,safwan seth dan kwn-kwn. Tgk facebook saya kalau nak tgk sapa geng-geng terlibat.

Raya kesembilan,
Raya belum abis, jumpa kawan member kat Semerah, dan sorang member kat Simpang Lima. Penat dan balik rumah.

Raya kesepuluh,
Hari raya diteruskan lagi....

No comments: