April 04, 2011

Cemburu@Iri Hati


Cemburu atau iri hati. fullstop. fikir sekejap.
Korang pernah tak rasa benda-bende ni.
Mesti pernah kan.
Lagi-lagi korang yang couple-couple tu.
Tapi entri kali ni bukan nak cakap pasal cemburu couple-couple ni. Cemburu tu nama dia cemburu buta.

Ni cemburu lain sikit,bukan cemburu buta.
Iri hati.Cemburu.Dengki.

Iri hati dengan cemburu macam ada baik sikit la daripada dengki. Walaupun mereka-mereka ni membawa maksud yang sama tapi ada bezanya. Iri hati dengan cemburu ni ada jahat dan baik. Tapi yang dengki ni memang jahat ya amat!

Dengki:
Orang yang dengki dengan orang lain atas kebaikan orang lain tu.
Tak pun dalam zaman-zaman sekarang ni, orang Malaysia ni, mereka memang suka dengki satu sama lain. Pantang tengok orang lain lebih. Apa nak jadi la. Aduhai, orang-orang itu.

Meh sini aku bagitahu, yang korang dengki sangat kat orang-orang lebih tu kenapa? Cuba jadikan orang-orang tu panduan ke? Tak yah nak dengki sangat. Sebab, yang ruginya korang, dosa dapat,hati makin hitam. Cuba la fikir guna pemikiran tahap kelas pertama,

"Eh! dieorang tu power la. Aku kene lagi power daripada dieorang"

jangan la jadi macam ni,

"Eleh konon je terrer. Aku lagi terrer la"

padahal haprak.cakap lebih.buat tidak.terrer lagi la jauh.

Jadi kepada orang-orang Malaysia, aku perasan la, kita ni banyak sangat dengki kat orang. Pantang tengok orang lebih daripada kita, mula la benci orang tu, kutuk, maki dan sebagainya. Bukan begitu caranya. Kita patut ambil yang positif. Bila orang lebih, kita kene lagi lebih. Tapi dengan cara yang betul. Dan bukan dengan menjatuhkan orang yang lebih tu, supaya kita akan lebih tinggi.

Apa-apa pun, nilai diri dulu. Mesej untuk semua dan diri sendri juga.

No comments: