April 07, 2011

BroFramestone dan MelRomeo di UTHM

Seminar Blogger: " Jadi Blogger? Untung ke?" kat library UTHM tadi memang best habis la. First time kot ada seminar macam ni kat UTHM. Yelah sepanjang 3 tahun dulu, aku buat diploma hingga la sekarang dah degree. Rasanya ni la kali pertama ada seminar macam ni. Memang tak lambat la ambik peluang ni. Memang pergi terus. Dapat juga tambah info pasal blogging ni.

Penceramah pertama :MelRomeo


Lama jugak aku dah kenal melz ni kat blog dia, tapi lepas tgk vlogger dia baru aku tahu yang dia student UTHM. "La student UTHM rupenye, nanti boleh minta tips blog daripada dia ni".Boleh kan melz? Content penyampaian dia bagus, isi banyak. Banyak aku belajar tadi. Style pun ada. Memang dia blogger yang pro la.

Penceramah kedua : Broframestone


Bro ni memang sempoi. Start-start ceramah bukan nak cakap apa-apa, boleh dia minum dulu. haha. Serius sempoi. Tapi tak pe, sebab lepas tu ada 2 kali lagi dia minum air. Melawak pun pandai. Info dia bagi memang tahap dewa blogger la. Memang la tengok pun dah tahu, blogger yang terrer kot bro ni. Bro bercakap lebih tentang pendapatan yang boleh kita dapat daripada blogging. Duit, sapa tak mahu duit. Duit la duit. Info dia memang menarik. Sedikit info daripada catatan aku masa pergi seminar tu tadi:-

#medium iklan ialah medium dapat duit guna blog
- syarikat iklan,
- advertorial dan
- sewa ruang kat blog.

#blogger perlu lakukan
-sentiasa kenalkan dan pasarkan blog anda.

#awas:
- jangan bunuh apa yang dah anda usahakan(delete blog sebab emosi)
- riak dan takbur
- wujudkan jurang antara blogger lain



kredit semua gambar untuk khairul azkar sebagai tukang tangkap gambar yang pakar!

Selain tu ramai, juga blogger yang dapat aku kenal kat sana.
terompah caring, iqbal, saleem, pezol, zulsyamim, khairul azkar, khai, cik gojes, haiqal, ashikin, hazwan, black kaizen, anis, dan ramai lagi.

Sesiapa yang nama tak de kat sini bagi la nama dengan link blog korang kat ruang comment nanti aku update! peace!

4 comments:

SheNn said...

Gambar kedua tu mcm Bro Framestone je.. hehe. :))

hirumi said...

Memang broframestone pun :)

Bro Framestone said...

search2 terjumpa entry ini...

wah thank sebab sudi catit apa yang bro perkatakan...

sorry.. bro mmg ada masalah. kalau bercakap, air sure perlu ada...

lagi-lagi kalau berjam bercakap

Muhamad anuar Marsib said...

Beruntunglah pelajar UTHM dapat didedahkan dalam dunia Blogging ni lebih awal..

Saya dulu bekas pelajar KUiTTHO.. Kira UTHM lah tu..

Masa saya belajar dulu tak tahu pun pasal blog ni.. 2 tahun lepas baru saya pandai buat blog..