February 19, 2011

Cakap besar

Salam,

Hari ni saya dengar lagu Billionaire by Bruno Mars feat Travie McCoy banyak-banyak kali. Sebab ape ek?
Best kot. Layan jer lagu tu. Cara dieorang nyanyi macam sanggap giler nak jadi orang kaya raya, billionaire aka jutajutawan tu.
Sound more like "I wanna be a billionaire so freakin damn", dan macam if dieorang tak kaya raya world will end soon. Aaaah.. Just a song, plus a normal human behavior, nak jadi kaya tu bukan ke human behavior?

Kalau dah manusia tu, mmg tipu tahap tikus terbang la kalau tak nak jadi kaya. Even some will says,

"Aah, duit-duit, tak habis-habis duit, bukan duit boleh beli kasih sayang pun, bukan boleh bawak mati pun...!"

Later on, bila dah lupa apa yang dia cakap tadi, selepas beberapa ketika atau hari atau kari,

"Kalau lah duit aku banyak, memang aku sambar superbike macam dia tu. Gile doh! Meletop!".

Hah! tu bukan duit tu? Lumrah alam la der. Sapa tak nak duit kan?

Satu citer rekaan semata-mata lagi tipu dan syirik,
Once upon a time, there was a pak cik called Pak Khil. Pak Khil ni memang la anti kalau orang sikit-sikit citer pasal duit. Nanti mula lah, cakap sorang-sorang macam orang gila kat pasar tani tu(ong gile kan cakap sorang-sorang),


"Alah, duit bukan boleh dibawak mati pun, korang ni, pantang dengar pasal duit, terus menerpah, jangan percaya sangat orang-orang kat luar tu, belum tentu dieorg pakai semart-semart tu kaya, ntah-ntah baju sewa, lepas tu citer duit ribu-ribu, tunjuk kereta, jam, terus korang kerumun."

Satu suara, "Pak Khil ni, kami bukan kacau Pak Khil. Yang Pak Khil kacau kiteorg bisnes ni kenapa? Nak cari duit halal pun tak boleh ke?".

Balas pula, "Ntah halal ke tidak tu, kes tipu-tipu org ni banyak dah kat akhbar tu, jangan nanti korang lak masuk muka depan paper tu esok lusa".

Bak kata pepatah jepun,  nishiguro ashiiwanikama natikomi, maksud dia 'dah alang-alang ditegur, jangan diam, kita tegur balik sampai dia terteguk air liur'? Korang tak suka kan orang nak besar sangat ni?

Eh-eh, sambung citer, nak dipendekkan citer, bertekak la Pak Khil ni dengan bisnesman-bisnesman wantobe tu. End of show, Pak Khil menang, sape boleh lawan di tua tak sedar diri tu bercakap, kalah hidup balik pun, ada la can sekali nak menang kot. So, dieorg ni mmg tak puas hati la, diperlekeh kan oleh orang tua kutuk nak mati. Dieorg pun rancang satu plan nak kene kan si tua ni tadi. Plan punye plan punye plan, Jeng jeng jeng.

2 hari selepas itu, bisnesman-bisnesman wantobe ni nak balas dendam kat Pak Khil ni. Pak Khil jalan punye jalan punye jalan, nampak sekeping kertas segi empat tepat. Dari jauh kaler macam biru. "Biru, ke hijau, ke biru hijau-hijau tu?"
Sekali dekat, "Hah! RM50. duit. duit lah! duit.". Pak Khil pun kutip duit tu, tengok tak lama lepas tu ada lagi sekeping warna merah kat depan tu pulak, RM10, lepas tu, RM5. kutip lagi. RM1, 50$,10$,5$,1$. Dieorg mmg saje plan susun duit tu elok-elok direct sampai la tempat deorg selalu lepak minum. Pak Khil pun suka minum kat situ. Abis je kutip, memang terus sampai la kat warung tu,
"Hai Pak Khil, mengah nampak. Buat kerja ape yang berat sangat sampai mengah-mengah?"
"Tak de ape lah, ambik angin petang je, ni datang nak minum ni"
"Owh, Tak de ape... tadi yang berbongkok-bongkok tu ape? Tu kat tangan tu ape?"
"Ape? duit la. Aku punye. Bongkok-bongkok pun tak boleh? exercise lah"
"Ooh, exercise... Tengok kawan-kawan, Pak Khil kita exercise la... Rajin pulak dia kan.. Selama aku hidup macam hari ni je 1st time tengok dia exercise. Pak Khil Pak Khil, kat tangan Pak Khil tu sebenarnya duit kiteorg, kiteorg saje je susun duit tu kat tanah setreeeet sampai kat warung ni, sebab kiteorg nak tolong Pak Khil kutip kan, lepas saje tu nak tengok betul ke Pak Khil ni sebenarnya tak suka duit, selalu sembang macam hujan, lebat aje. Sekali tup tup, Pak Khil pergi kutip semua duit tu. Kalau kertas je tak ni, ni dengan sen sen pun licin, mana ayat yang selalu Pak Khil cakap?, hilang terbang dek angin petang ker? Hahahaha~"

Pak Khil senyap membisu. Letak duit-duit tu atas meja dieorg. Blah terus dia, memang senyap la kan.
Sambil gelak besar la dieorang-dieorang tu.

Padan tak muka Pak Khil? Serve him right! Cakap besar, berbual lebih. Last-last dia terkena. Tu la kita kat dunia ni, bek dunia betul bek dunia tenet ni. Cakap kena jaga, cakap kene kaber. Jangan cakap besar sangat nanti, termakan diri. Anyway, mulut masing-masing, kalau kita tak tutup mulut kita, tak kan orang lain yang nak tutup kan. Ye tidak?

1 comment:

Jo Qusary said...

aku tak setuju dgn citer ko nie... sebab memang ada manusia yg tak berapa kisah dgn nilai duit... aku penah jumpa spesis manusia nie... diorg jenis yg kalo bagi duit tak reti nak buat apa dgn duit tu lalu bagi terus kat org lain tanpa apa2 balasan... mungkin sebab ko masih muda dan belum pernah jumpa lagi org camtu so aku takleh kata apa la.