November 12, 2010

Quick post

Agak sekian lama aku tak update blog ini, kalau ada haiwan tinggal kat sini dah  berevolusi agaknya. Nak dikirakan last post dulu lebih kurang la, time aku masih lagi di UTHM. Lama la jugak, ntah atas sebab-sebab tertentu aku tak update.

10hb Nov hari tu, ada dapat tahu yang result untuk tawaran kemasukan UTHM keluar. Tepat jam 2ptg, aku rasa aku antara 10 orang yang pertama yang check kot. Aku berjaya. Feel great. Dan 9hb pulak UIAM telah hantar surat tawaran kemasukan untuk aku tapi aku tak tahu. Aku dapat tahu pun pukul 2.30 ptg 10hb sebab aku call UIAM time tu saje nak tahu update macam mana.

Sekarang  aku agak konfius mana nak pilih. Hati aku lebih berat ke UIAM. Apa-apa pun tunggu apa yang akan jadi.

Kalau aku rasa aku free dan nak update blog ni, akanlah ada entri kat sini.

No comments: