March 26, 2010

HOT's girl? Can I be?


Pernah tak tiba-tiba, ada orang lalu depan korang. Sekali korang terpandang, "fuh, sweet, kau memang menarik tertarik kau memang da bom" terus tercakap dalam hati. Pernah tak korang nak jadi macam orang yang korang puji tu? Memang kalau lalu kat tempat awam semua orang nak tengok la.

Ada tips nak jadi hot sebenarnya. Cuma orang-orang hot ni tak nak kongsi dengan kita. Tapi ada satu member aku ni nak kongsi dengan aku. Tak tau mungkin dia rasa aku ni boleh dipercayai. Whaha, aku dah bocor kan rahsia ni. Harap-harap dia tak marah. Jangan marah ye wahai memberku.

Menjadi orang HOT
1.Face - Kenapa muka? Sebab apa benda pertama yang korang tengok bila tengok orang? Muka kan? Ada orang cakap, ala dieorang muka memang 'beautiful', kitaorang yang macam tong kang pecah ni macamana. Pendapat aku, muka korang dah tahap terbaik la tu. Kalau tak, kenapa dalam surah ada ayat sebut "manusia mahkluk paling sempurna"?

Yang penting, korang kene pandai cari cara nak menambah market atau pun permintaan orang kat muka korang tu. Mekap ke? Act natural ke? But kekalkan kecantikan anda, jangan sebab nak cantik makin buruk la pulak. Hoho. Kenyataan banyak dah terjadi macam ni. Nak nampak cun, makin nampak tak cun. Sebab apa? Sebab berlebih-lebihan. Membazir je, jadi jangan membazir.

2.Body - Kenapa badan? Sebab muka dah cun. Akan jatuh la mata kat badan pulak. Besar ke kenit? Badan kan memang aset paling besar. Badan mesti mau jaga, control cun, bajet bajet je. Mesti la, kita ni mesti jaga badan kalau dah gaban besar raksasa. Dah tak sihat tu, obes orang kata. Obes tu sebab kita tak jaga badan, dah dapat nikmat badan sihat-sihat, pergi sakitkan buat ape. Ada orang cakap aku dari kecik dah gemuk, nak buat macamana. La hai dia ni, dah tau diri gemuk kurus kan la. Ni cakap je lebih usaha tak. Macamana.
 Jaga badan anda. Tapi jangan pulak ditayang-tayang sangat tambah dosa je. :D

3.Pakaian - Baju kena la kemas kalau nak jadi HOT, ini tak baju pun macam orang nak pergi masuk bendang, macamana la hai. Dieorg tak pe memang nak masuk lumpur, buruk-buruk pun tak pe. Kita ni nak jumpa orang, sebab kita memang hari-hari jumpa orang. Jaga pakaian sikit. Tak semestinya berjenama. Jand=ji boleh nampak kekemasan diri tu cukup. Ni nak beli yang mahal-mahal je, kalau baju mahal pun tapi cara pakai tak betul, pun tak guna juga. Belajar dari yang pakar,pakar fashion ke, pakar pemakaian ke. Cari la siapa-siapa. Kadang-kadang dalam family kita pun ada orang yang pakar, cuma kita tak tahu je. Bakat diri, siapa tahu.

p/s: kepada orang-orang yang terasa baca post ni, ampun maaf dipinta. tak de niat  pun. aku tulis je, tak pe korang sambung baca ye!

2 comments:

athirah said...

simple is beautiful. kan kan kan?

tapi saya gemukk. hahaha.

hirumi said...

if u think gemuk is ok, then stay as u are. but if not. try to fit urself more :D cadangan saya, cuba la kuruskan badan. gemuk tu tak sihat. tak kan awak nak sentiasa tak sihat sepanjang hidup awak? nak berubah kadang2 memang perlu pengorbanan yang besar. fikir2kan :D