February 06, 2010

Tip berblog

Mari bertraffic.
Dalam berblog, traffic SANGAT penting.
Mungkin ada blogger yang mengatakan yang traffic itu tidak perlu.



Berbalik pada erti traffic. Apa itu traffic?
Traffic tu ialah orang yang baca atau ikut blog kita.
Tanpa orang baca blog kita, apa guna kita menulis?
Walaupun orang yang baca blog kita tu kawan kita, dia tetap traffic kita.

Jadi macam mana nak dapat traffic,

TIP BERBLOG

1. Buat tajuk post yang menarik.
Ini sangat penting. Bila tajuk post menarik, secara tak langsung, follower blog kita akan click terus untuk baca post tu. Selain tu, mana-mana blogger yang tiba-tiba terjumpa blog kita akan tertarik pada post dan click. Kemungkinan besar akan jadi follower kita untuk baca post kita akan datang.


2.Buat post yang berguna.
Post yang berguna juga penting, kerana ini secara tidak langsung menaikkan nama blog kita.
Mungkin ada blogger yang bercerita blog kita kepada kawan blogger yang lain sebab blog kita ada info-info yang berguna.

3.Letak gambar pada post.
Gambar secara tidak langsung akan menjadi penarik kepada sesiapa yang terklik blog kita. Lepas tu, dia akan terus baca blog kita.

4.Jangan buat post balas dendam.
Blogger sekarang banyak yang membuat post sebab marahkan blogger lain. Sedikit sebanyak ini boleh menjauhkan kriteria blog kita. Mungkin ada yang tidak setuju dgn post kita yang mengutuk blogger lain. Dah kurang traffic kita.

5.Elakkan music autoplay.
Banyak blog menggunakan music autoplay, keburukan lebih banyak dari kebaikan. Ramai blogger pro juga setuju yang mengatakan blog ada music autoplay ni kurang menarik. Alasannya mudah, tak semestinya lagu yang anda suka orang lain suka juga.

6.Gunakan layout yang sesuai.
Kalau post tentang cinta, guna la layout yang warna lembut-lembut. Jangan la pulak guna layout gambar skull, memang la orang tak nak singgah dah.

Ok, semoga tip-tip ini sedikit sebanyak membantu.

P/s: Baca-bacalah apa yang aku tulis, tak puas hati comment ok.

2 comments:

Nova Imoet said...

tips yang mantap....
tetep semangat ngeblognya ya...

hirumi said...

semangat berblog itu penting!