February 03, 2010

Pilihan Perempuan Kita: Lelaki Hensem (Handsome) & Cute

Adakah Lelaki macam ni jadi pilihan perempuan sekarang?
Teruskan membaca.
Hensem tak mamat dua orang ni?


Kali ni aku nak cerita sikit masalah perempuan kita. 
Sebelum apa-apa mula lagi aku nak minta maaf kalau la ada ayat-ayat atau fakta yang menyakitkan hati siapa-siapa. 
Bukan nak cakap pasal apa la. 
Cuma sedikit peringatan dari orang luar untuk perempuan kita. 
Jika semua faham perempuan kita tu aku khaskan untuk perempuan melayu islam Malaysia. 
Ini cerita benar, berlaku pada aku sendiri.





Semalam aku didatangi oleh seorang orang luar, dari United Arabic Emirates katanya. 
Namanya Zain Ali. 


Masa ni aku tanya macamana dia tau tentang Perempuan Islam Malaysia.
Aku teka dia ada kawan Malaysia.


Aku ingat orang Malaysia biasa, yelah nama pon macam nama pak cik mak cik aku je.
Sekali dia start instant messaging dengan aku guna facebook.
Mula-mula dia tanya macamana culture kat sini (Malaysia).
Lepas tu dia terus direct tanya pasal perempuan kat Malaysia ni Islam la.


Antara soalan yang dia tanya:


1.Kenapa Perempuan Islam kat Malaysia fasion-able habis?
2.Kenapa Perempuan Islam kat Malaysia walaupun dah kahwin masih cari relationship(dalam facebook)?
3.Kenapa Perempuan Islam kat Malaysia ni boleh tayang sana sini kat facebook?
4.Kenapa Perempuan Islam kat Malaysia ni pakai jeans? Bukan ke menampakkan badan?
5.Adakah keluarga mak ayah Perempuan Islam kat Malaysia ni tak marah tengok anak-anak dia bergaul bebas dengan lelaki bukan muhrim?
6.Adakah Perempuan Islam kat Malaysia senang nak diayat (ngorat) atas sebab-sebab diatas?


Masa ni dia pelik kenapa orang dah kahwin pon masih search relationship




Aku sendiri tak terjawab dengan soalan-soalan kat atas ni. 
Layankan je dia tu.
Lepas tu aku pon terfikir betul jugak kan makin lama makin teruk Malaysia ni.
Salah siapa sebenarnya?


Kepada perempuan-perempuan yang tergolong dalam golongan dalam soalan tersebut cuba fikir-fikirkan dah bertindaklah sesuatu. Tapi aku tau, korang semua tak macam tu korang semua baik.
Cuma ingat kan kat kawan-kawan korang yang korang rasa perlu diingat kan tu.


Apa yang aku nak cuba sampaikan disini.
Cuba fikir kenapa sampai oang Islam negara luar yang perasan semua benda ni?
Orang kita tak de yang perasan ke?
Mamat tu siap puji lagi Malaysia ni salah satu negara Islam yang membangun tapi kenapa dengan rakyat dia?


Marilah kita sama-sama tepuk dada, tanya selera.


p/s, maaf kalau tajuk dengan entri beza sikit, saja je. aku taip korang baca.







2 comments:

si hitam maness said...

alamak.aku pakai jeans.=(
tp.....
susah la....
jeans aku....
sayang....

huhu

hirumi said...

aku no comment la.
susah la nak ckp pasal jeans ni.. hehe..