February 08, 2010

Marah : Sifat Buruk

Siapa yang suka dimarah? Angkat tangan. Sorang pon tak nak ngaku dia suka kena marah. Tapi aku tahu mesti ada yang saje-saje angkat tangan nak mengejek aku la tu. Angkat la aku tak rugi apa-apa pon. Just nk share marah tu sifat buruk.

Aku selalu perasan blogger ni marah-marah pastu buat la post ntah apa-apa. Korang tahu tak sebenarnya bila korang marah, semakin jatuh la kredibiliti korang. Marah tu sifat tidak profesional, cuba fikir sesaat. Sesaat je tak kan tak boleh. Kalau la Donald Trump marah-marah dapat live show dia sebab dia kena kutuk dengan audience, buruknya muka. Tak pun susah-susah sangat nk bayangkan, bayang kan muka pak imam kat masjid tu. Tiba-tiba lepas solat dia marah korang sebab korang pakai baju ada gambar tengkorak masuk masjid. Marah bukan main sikit-sikit, dah macam puting beliung melanda Malaysia. Mesti jatuh kan air muka pak imam tu, orang lain tengok terus cakap apa la pak imam ni. 'Kata je pak imam, masjid pon tak reti hormat'.


Hina sekali sifat marah ni kan. Sampai semulia-mulia imam pon jadi dah kurang mulia. Sebab tu Marah selalu dikaitkan dengan api. Api ni pulak dikaitkan dengan syaitan. Kene lah tu Marah=Api=Syaitan, memang binasa hidup. Sebenarnya Marah ni memang tak elok la. Sebab bila kita marah, kita dah tak guna akal lagi dah nak buat keputusan. Main terjah sembarang je buat pilihan.

Sesiapa yang kuat marah tu sila-sila la kawal kemarahan anda, sebab nanti tak lari mana pon marah tu. Kene balik kat diri sendiri balik. Ha, tu dia baru tau dalam ke tak Sungai Kinabatangan. Hadis Rasulullah ada menerangkan yang kalau kita marah ketika berdiri maka duduklah, kalau marah semasa duduk maka baring lah. Kalau tak reda lagi marah tu, pergi ambil wuduk, tak reda jugak baca Surah Yassin. Insyallah reda.

Apa aku nak saran kan kat sini, kalau korang yang kuat marah tu. Sabar-sabar la sikit. Kurangkan marah. Kalau bukan korang yang tak marah, sape lagi yang nk kurangkan marah dieorang. Tak kan pak imam tadi kot? Tapi masalahnya kat sini korang pon masih tak tahu korang ni ada masalah pemarah ke tak. Betul tak? Senang je nak tahu pergi tanya kat kawan-kawan korang. Tanya je 'Aku ni kuat marah ke?'. Kalau diaorg cakap ya tu. Tandanya memang la korang kuat marah walaupon korang kata korang bukan orang yang kuat marah.


p/s: korang marah aku? aku tulis korang baca suda la jangan marah-marah lagi ye!

2 comments:

hanaahmad87 said...

sgt2 tdk suka nk mrh2 org...n tak suka gak kena mrh...huhu

hirumi said...

betul betul betul... :D