February 07, 2010

Kucing : Tip Penjagaan


Kucing sudah biasa menjadi haiwan peliharaan masyarakat kita di Malaysia. Ada yang menjadikan memelihara kucing sebagai hobi di masa lapang. Ada yang suka melihat telatah kucing. Ada yang suka ditemani oleh kucing. Dan berbagai lagi sebab untuk seseorang itu memelihara kucing. Tapi sejauh mana kucing-kucing ini dijaga dengan baik? Saya juga memelihara kucing di rumah. Sebab kucing sangat comel. Saya memang sukakan kucing yang comel. Meow... Disini saya sertakan tip-tip menjaga kucing.


Tip-tip menjaga kucing
  • Kunci utama untuk menjaga kesihatan kucing ialah diet yang seimbang. Jadi, berilah kucing anda makan diet yang tinggi vitamin dan mineral. Jangan lupa untuk memberi daging,sayuran dan ikan dalam pemakanan kucing. Lagipun, sekarang sudah ada banyak jenama makanan kucing, pilihlah yang terbaik untuk kucing anda. Jangan lupa juga untuk memberi kucing anda minum air setiap hari. Lagi mudah jika anda menggunakan bekas air untuk kucing yang tersedia dijual dipasaran.
  • Kebersihan adalah pati sebenar untuk maintain kesihatan yang baik. Jadi, mandikan kucing anda sekerap mungkin. Pastikan bekas najis kucing anda sentiasa bersih.
  • Kucing selalunya akan tidur dengan lama. Jika anda mengurung kucing anda, pastikan anda menyediakan tempat yang cukup selesa untuk kucing anda berbaring. Jika perlu, belikan tempat tidur kucing untuk ia.
  • Cara terbaik untuk memastikan kucing anda sentiasa cergas dan bergerak ialah dengan memberikan ia mainan seperti bola, tali atau sebagainya. Belilah di kedai haiwan peliharaan.
  • Kucing sangat gemar untuk mencuba sesuatu yang baru. Oleh itu, pastikan pintu rumah anda ditutup rapi. Kerana dikhuatiri kucing anda akan pergi ke tempat-tempat yang boleh membahayakan ia.
  • Keep string-like objects, like tinsel, thread and rubber bands out of the reach of your cat, because the pet is easily attracted to such objects and tends to eat them.
  • Kucing juga hidupan bernyawa yang boleh dijangkiti penyakit. Untuk mengelakkan daripada kucing anda terkena penyakit, pastikan kucing anda mendapat vaksin berterusan untuk memastikan ia tidak dijangkiti penyakit. Dapatkan juga pemeriksaan doktor haiwan selalu.
  • Latih kucing anda untuk tidak melakukan perkara-perkara yang anda tidak suka seperti mencakar sofa dan sebagainya. Dalam mendisiplinkan kucing, anda dapat merapatkan lagi hubungan spiritual anda dengan ia.
  • Anda pasti tidak mahu kucing anda hilang. Semasa anda outstation, pastikan kucing anda dipakaikan kan ID tag di lehernya. Masukkan maklumat seperti nama anda, alamat rumah dan nombor telefon anda.

3 comments:

azlan ahmad said...

bekas najis kuceng tidak sepatutnya berada hampir dengan tempat makan ataupun tempat tidornya. (sumber rancangan SPCA di TV3)

hirumi said...

Terima kasih atas keprihatinan yg anda tunjukkan.

ardmad said...

Salam Sejahtera Admin,

Berkenaan dengan topik diatas iaitu tip penjagaan kucing, saya disni mahu berkongsi beberapa maklumat yang berkesan untuk menjaga kucing kesayangan anda, jikalau anda ada masa yang terluang anda boleh la melayari webpage di:

Tip penjagaan kucing - klik sini

Tq