January 22, 2010

Kemangkatan DYMM Sultan Johor



DYMM Sultan Johor

DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi telah mangkat pada petang 22 Januari 2010. Pada tahun 2010 ini, baginda telah berusia 77 tahun. Al-Fatihah untuk baginda.

Berita kemangkatan baginda telah menjadi buah mulut rakyat Negeri Johor bermula pada awal tengah hari tadi.
Saya mendapat tahu khabar angin ini daripada saudara saya yang berkerja di Johor Bahru.

Pada mulanya, agak kurang percaya tetapi semakin lama, semakin banyak mulut mengatakan perkara ini.
Lalu saya dan keluarga mengambil keputusan untuk menonton berita pada malam ini bagi membuktikan perkara ini benar. Pada pukul 8, berita telah membuktikan perkara ini betul. Jadi, seluruh rakyat Negeri Johor akan berkabung bagi menghormati kenangkatan baginda. Sama-samalah kita berdoa agar roh baginda dicucuri rahmat.

2 comments:

psychopath said...

al-Fatihah..

Anonymous said...

Takziah kepada kerabat diraja Johor