September 09, 2008

Puasa di UTHM

Pernah tak anda berasa begitu lemah serta tak berdaya langsung ketika berpuasa di bulan ramadhan.. sebenarnya itu cuma perasaan dan fikiran anda semua sahaja.. Jika anda pernah cuba untuk menetapkan pada minda anda bahawa puasa itu tidak meletihkan maka anda akan bertenaga sepanjang hari tetapi jika sebaliknya anda juga akan berasa sebaliknya.. Jadi renung-renungkan lah.. Sebenarnya nak citer sikit pengalaman hari ni.. ni la akibat tak tido 1 hari buat assignment.. Kelas pagi seperti biasa kecoh akibat daripada budak-budak mekanikal pendidikan(blogger ni mekanikal je,pendidikan tak ada) ni memang sedikit keriangan(anak-anak istimewa la katakan)..
lagi-lagi kelas dengan pensyarah thermo yang 'baik' lagi 'dedikasi' 2.. boleh roboh kelas dibuatnya.. sampai la waktu rehat iaitu pukul 1.. kalau dulu(before puasa) boleh pergi makan, tapi ni kan ramadhan kena la solat dan sambung kerja-kerja yang ada.. bagus juga dapat jimat masa..

Tak lama kemudian, bermula lah episod-episod mengantuk kami dari jurusan mekanikal dan mekanikal pendidikan(kelas lepas ni gabung).. Material sains kelas bermula pada pukul 2.15 pm (actually pukul 2-3).. Bermula la kelas penbacaan slide yang terang-terang copy dari modul.. tepat pukul 2.45 kelas dismiss.. "dah ngantuk semua, x pe kelas saya jam saja",kata pensyarah..
Setelah semua berzikir sampai kepala terhantuk dilantai, mereka semua keluar untuk rehat kan mata, badan dan apa-apa lah(rehat apa ntah bukan buat kerja berat).. ketika saat itu lah gambar posing maut dua keping ni ditangkap.. kelas bersambung dengan kelas matematik. pensyarahnya tak garang malah baik-baik dan nice.. cik la katakan.. Tapi tak tahu kenapa hari ni, ayat pertama yang keluar dari mulut nya berbunyi garang.. Terkejut satu kelas.. Lupa nak bagitahu, kelas matematik tu econ nya rosak.. jadi faham-faham la 'kesejukan' yang semua alami.. Kelas berjalan lancar seperti biasa.. yang tak biasa, cuma pensyarah sikit garang tapi tetap senyum(dia tak boleh jadi garang sanebenarnya) dan student yang tak habis2 zikir sampai kepala terhangguk2 dengan laju dihentakkan ke lantai saja yang tak biasa.. Akhirnya kelas habis dengan perbincangan toturial 6 yang tak juga habis..
SELAMAT BERPUASA DAN SEMOGA BULAN RAMADHAN KITA DIBERKATI

2 comments:

azlan ahmad said...

oit... ang kena buang link ke blog en afandi... dia x merestuinya... btoi ni... cepat buang..!!!

desilza said...

missed for membebel dalam ur class. now i have 9 students in class... what a boring life!