September 18, 2008

Kesibukan University Student

Dengan tanda tanya yang amat banyak bagaikan bulu diatas badan seekor kambing biri-biri putih yang comel itu, aku ini bertanya pada diriku sendiri.Benarkah aku seorang siswa??Walaupun usia telah menjangkau sembilah belas tau satu bulan, diriku seakan-akan masih belum bersedia untuk semua ini.Hukum alam,manusia akan berkata belum bersedia apabila mereka tewas dimedan perang semasa berperang dengan dirinya sendiri.Hidup di universiti sudah jejak 1 tahun lebih, tapi rasa macam baru masuk semalam.Kerja-kerja tugasan masih berlambak-lambak di atas meja di dalam bilik A108 KKTSN yang agak berserabut akibat tidak dikemas sekian lama.Baju-baju terbiar berselerak diatas tilam empuk bercadar kan kain cotton berwarna merah belang pink.Tugas-tugas AJK program,AJK Kolej Kediaman masih banyak tertangguh,peperiksaan semakin hampir.Begitu banyak yang perlu dilaksanakan dalam satu masa yang singkat, mampukah aku?Bagaikan aku mempunyai 100 tangan dalam satu masa.Inilah dugaan hidup,dan sebab itu jugalah kita perlu bersedia pada masa lapang sebelum masa kita sempit.Saraf Tunjangku bagai terputus dua seketika bila memikirkan semua hal ini.Hakikatnya,hidup perlu diteruskan,masa akan terus meninggalkan kita jika kita tidak mengejarnya kembali.

No comments: