September 25, 2008

KaD Raya!!

dah dekat nk raya ni makin banyak la kerja-kerja posmen kt pejabat pos 2( posmen buat keje atas jalan raya je ke)... ye r mana tak nya.. kalau hari biasa cuma banyak hantar surat2 rasmi.. ni hambik lebih 1 tan kad raya nk kene deliver.. adus.. kesian posmen.. tak pe la posmen bulan2 pose ni kene byk sabar.. oleh itu, jgn la hantar kad raya byk2.. tak baik susahkan org bulan2 pose ni..kad raya untuk org2 terpilih je bole la.. hihiiii...

td saya dapat kad raya.. happy nya.. dah lame x dapat kad raya.. ye la ramai org berpendapat, sms lagi mudah.. kad2 ni leceh r.. betul x? anda bagaimana? adakah anda tergolong dalam golongan itu? tepuk dada, jawab la sendirik.. sape yg bagi kad 2 biarlah saya sendiri yang tahu.. dn org yg bagi 2 yang tahu.. haha..

sedar x sedar budaya kad raya makin hilang didunia.. lebih2 lg yg kt M'sia ni la (coz tempat lain mane la kite tau x)... Adakah mungkin sebab moto iklan berita harian yg terkini "zaman dah berubah,dunia dah makin maju".. atau ada sebab lain??

Tapi jujur saya katakan, saya sendiri x pernah merasakan kemeriahan dapat kad raya byk2.. sbb x pernah dalam hidup ni, menerima kad raya yang byk untuk lebaran ini..
kalau 1 2 tu ada la.. Mungkin sebab masa kecil dulu x pernah nk bagi org kad raya dan bile dah besar ni budaya kad raya ni makin menghilang.. Atau mungkin kawan yg saya ada sikit sgt?? entah la..

Dengan harapan budaya kad raya ini akan terus kekal di bumi M'sia ini. Sekurang-kurangnya sehingga saya dapat kad raya yang banyak.. lagi pun, ianya 1 budaya yang bagus.. dapat mengeratkan lagi silaturahim antara sesama kita umat islam..

Salam Lebaran untuk semua.......


No comments: