August 04, 2008

birthday & fasi di SMKTHO

Dengan ini berakhirlah saat dan ketika ini insan yang bernama zulhilmi tidak ber"blog", akhirnya ini lah blog pertama pun tak bape pertama
lah yang dihasilkan oleh diriku ini. Nak dipendekkan cerita, insan ni terasa dia perlu ber"blog" pada usianya 19 tahun..
(Sebenarnya birthday die ni 3th August)




Pada ketika tanggal keramat itu, dia sedang berprogram di SMKTHO, menjadi fasilitator walaupun sedikit kebudak-budakan...
Alasan nya die mahu adik fasi nya rasa dia sebagai seorang yang friendly dan mesra..
Dan atasan sebab mahu mereka semua mengganggap die sebagai seorang kawan yang sudah lama mereka kenali...
Semua ini supaya die mudah melakukan tugasnya sebagai seorang fasi kerana fasi yang baik ialah fasi yang rapat dengan adik-adiknya dan berjaya menyempurnakan tugasnya sebagai seorang fasi..
Serba sedikit ringkas je tadi tu..

Pada hari pertama, perasan mamat amat bergelora, yelah mane tak nya, hari pertama menjadi fasi, yang tak pernah die alami langsung selama hidup nya 18 tahun yang lalu(esok malam befday 19 ni)... bermula di kolej kediaman tun dr ismail, naik bas kat sini, parking kereta "pink" pun kat sini..
setelah selama kira-kira 1 2 3---45 minit rasanya.. tiba la bas uthm yang usang lagi tua tu(bas askar orang kate) di Sek. Men. Keb. Tun Hussein Onn..
Mamat ni dan semua yang terlibat pun bergerak masuk dengan semua barang2 yang diperlukan..
Program pembahagian kumpulan pun dimulakan.Sedikit aktiviti dijalankan. WOOW!! tersenyum gembira semua adik-adik fasi yang ada.. Die ni pun teringat la ketika saat dulu di sekolah rendah menjadi adik fasi(pengalaman kecik2 yg best).. Dapat bersantai,bersuka ria dan bergembira lah..

Malamnya bermula lah tugas sebagai seorang fasi.. semuanya berjalan lancar.. tak ada masalah lagsung. Esok pun semua berjalan lancar.. aktiviti2,LDK2, dan riadah2 yang dirancang dijalankan dengan licin macam berjalan diatas minyak pelincir, boleh jatuh woo.. Dari pagi hingga ke malam..
Tapi pada malam tu(ni yang exited ni citer ni), tak disangka2 ada pulak yang buat majlis ringkas yang tak dirancang langsung.. Majlis Hari Jadi insan yang membuat blog ini, "zulhilmi".. Sedikit nyanyi lagu,makan2(minum malam sebenarnya) dan bacaan doa sikit.. Tapi SEMUA itu begitu bermakna buat birthday boy itu..(terharu gak dia)..

Program esok semakin rancak!!... tapi saat yang tidak dibenci ramai mula menjelma iaitu "saat perpisahan".. kenapa perlu ni semua? Sudah jadi hukum alam setiap yang mula akan berakhir.. pertemuan pula ada perpiasahan.. Tapi tetap meriah hingga ke saat sedih itu.. sesi penggambaran pula bermula.. semua gaya ada naruto,superman,butterflyman,mankidal pon ada.. ish2..ganas2 diaorang ni.. Setelah semua siap bas yang terlukis LOGO UTHM pun tiba.. Semua fasi dan ajk menaiki bas itu dan pulang ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, satu-satu nya universiti tercinta kami semua.. I LUV UTHM!!!





1 comment:

azlan ahmad said...

ni ape plak yg salah nie... cuba nyatakan dengan ayat yang selesa sket...